HADITH BERKAITAN KERJA SUKARELAWAN

Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasulullah SAW : Setiap sendi ditubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang (yang berselisih faham) adalah sedekah. Kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah. Setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah. - (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jumaat, 30 Disember 2011

Unit Amal N.Sembilan cipta sejarah Program Jambori

Unit Amal Negeri Sembilan telah mengadakan Program Jambori Amal pada 16 hingga 18 Disember 2011 yang lalu di Port Dickson, N.Sembilan.

Jambori Amal pada tahun ini mencipta sejarah kerana disertai peserta yang paling ramai sejak program ini diadakan.

Lebih 90 peserta remaja dan lebih 30 peserta dewasa telah menyertai jambori pada kali ini.

Unit Amal Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program jambori ini, terutamanya AJK dan para peserta.

InsyaAllah, jumpa lagi dalam program anjuran Unit Amal N.Sembilan selepas ini.









Khamis, 29 Disember 2011

Oley dari DDPPP




Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada para penonton.Kami sangat mengalukan perkongsian(share) video ini kepada masyarakat.

Ahad, 4 Disember 2011

Sertai Jambori Amal 16 ke 18 Dis 2011 di Port Dickson



JAMBORI AMAL 2011
Tarikh : 16 - 18 Dis 2011 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Telok Kemang, Port Dickson
Peserta : Lelaki sahaja
Yuran : Dewasa RM20, Remaja/Kanak-kanak RM10

Aktiviti :
- Solat Jemaah
- Tazkirah Agama
- Sukan
- Kembara
- Latihan Memasak
- Dan banyak lagi

Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi
Sdr. Izamri 013-2124086
Sdr. Faizal 013-6641694
Sdr. Shahrizal 017-4680125

Anjuran : Unit Amal Negeri Sembilan

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini boleh disalurkan melalui Pengarah (Sdr. Izamri) Jabatan Amal N.Sembilan melalui akaun CIMB 05020693061526.




Khamis, 10 November 2011

Jambori Unit Amal Peringkat N.Sembilan 2011



JAMBORI AMAL 2011

Tarikh : 16 - 18 Dis 2011 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Telok Kemang, Port Dickson
Anjuran : Unit Amal N.Sembilan

Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi Sdr. Faizal 013-6641694 @ Mus 012-3629111 ,

Yuran bagi dewasa RM20
remaja RM10

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini boleh disalurkan melalui Pengarah Jabatan Amal N.Sembilan melalui akaun CIMB 05020693061526.

klik save as borang>>


Rabu, 26 Oktober 2011

Objektif dan Tentatif Ijtima' Tarbawi 2011










Tempat : KUIZM Taman Melewar.

Tema :
Mantapkan Tarbiyah Menangi Pilihanraya

OBJEKTIF


1- Membentuk jundi dan qiadi PAS yang mempunyai fikrah perjuangan Islam.

2- Melahirkan pemuda PAS yang memiliki ciri-ciri ROS (Responsif, Optimis, Sensitif).

3- Sebagai satu medan untuk meningkatkan kesedaran & komitmen ahli terhadap gerakkerja DPP.

4- Meningkatkan kebersamaan dan perasaan ‘sense of belonging’ terhadap DPPM.

5- Merapatkan ukhuwah ahli DPPM serta mewujudkan wehadatul fikr dan wehdatul ‘amal.

6- Motivasi gerakkerja pilihanraya sebagai satu kewajipan

link >
http://www.eperjuangan.com/2011/10/objektif-dan-tentatif-ijtima-tarbawi.html

Rabu, 19 Oktober 2011

Rayuan Krisis Somalia



Tiada kata2 yang boleh kita gambarkan....jika manusia gelandangan di negara kita, diberi makan walaupun mereka tidur di kaki lima, tapi kanak2 di Somalia ini...hmm sungguh menderita dan sengsara..mereka mati setiap 6 minit........menyayat hati..Untuk itu jika ada tergerak hati anda untuk menyumbang,mereka sedara se Agama kita...Moga jasa baik anda diberkati Allah swt.....

Apa beza Palestin dengan Somalia? Mungkin dari segi geografi berbeza namun perlu difahami bahasanya ramai saudara se-Islam kita di sana yang sedang dilanda krisis terburuk ketika ini. Sesuai dengan hadith ” Setiap Mukmin bagi mukmin lain seperti bangunan, di mana bahagian yang satu memperkukuhkan bahagian lain “, maka adalah menjadi tanggungjawab kita menghulurkan bantuan apatah lagi mengambil berat perihal yang berlaku di sana. Oleh yang demikian, Pertubuhan IKRAM Negeri Smebilan dengan kerjasama Masjid Bandar Baru Senawang dan Islamic Relief Malaysia (IRM) akan menganjurkan Satu ceramah bertajuk "Rayuan Krisis Somalia" sepertimana poster di atas. Ayuh bersama-sama hadir!







http://irmblog.org/
http://negeri9.ikram.org.my/v1/

Ahad, 9 Oktober 2011

Anggota Unit Amal cedera program 7hb di Labis..


Anggota Unit Amal cedera program 7hb di Labis..Terbaru di Johor malam semalam melibatkan Mat Sabu juga. Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor. Difahamkan, kira-kira 50 penunggang motosikal itu muncul secara-cara tiba dan berlegar-legar menganggu orang ramai yang hadir mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Mereka mengacukan rantai besi dan membaling objek keras ke arah orang ramai di kawasan ceramah.

Hj Mohd Sabu Tazkirah 2 org Umno Perkasa

video

Puak pengacau...


Insiden di Kg. Pulau Bintogan Rembau Program Ceramah Mat Sabu diganggu puak pengacau..

Gambar di antara mereka dikenal pasti













klik like, page Facebook Unit Amal N.Sembilan>>

www.facebook.com/pages/Unit-Amal-NSembilan/136754156413531?ref=ts

Jumaat, 7 Oktober 2011

Fenomena Mat Sabu di Rembau







Bergasak lagi di ceramah NS

http://www.malaysiakini.com/news/177943

Isnin, 26 September 2011

Ceramah Mat Sabu tegang







Ceramah Mat Sabu tegang
Sinar Harian 26 Sep 2011

SEREMBAN - Suasana tegang tercetus apabila kira-kira 80 orang yang terlibat dalam protes membantah kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, cuba merempuh masuk ke lokasi ceramah pemimpin kanan pembangkang itu di pekarangan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Wildan, di Ampangan, dekat sini malam kelmarin.

Kekecohan mula berlaku apabila sebahagian anggota kumpulan terbabit mendesak mahu bersemuka dengan Mohamad atau Mat Sabu sebaik sahaja beliau mula berucap, kira-kira 10.15 malam.

Sebelum itu, mereka dilihat mula berkumpul kira-kira 50 meter dari lokasi ceramah sambil membawa beberapa sepanduk dan melaungkan slogan yang menyatakan pendirian mereka terhadap Mat Sabu, sejak kira-kira 8.40 malam.

Mereka mahu menyuarakan bantahan dan kekesalan secara berhadapan dengan Mat Sabu susulan kenyataan beliau yang mempertahankan Mat Indera selaku wira sebenar dalam tragedi serangan pengganas komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Bagaimanapun, kumpulan yang mendakwa mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), belia dan bekas askar itu gagal meneruskan hasrat mereka kerana dihalang petugas-petugas Pas yang mengawal jalan masuk ke lokasi ceramah.

Tindakan nekad anggota-anggota kumpulan cuba merempuh sekatan untuk menyerbu Mat Sabu mengakibatkan berlaku insiden tolak-menolak dan pergelutan antara kedua-dua pihak.
Beberapa individu dipercayai gagal mengawal emosi sehingga bertindak mengasari petugas-petugas Pas dan melontar botol air mineral serta batu.

Dua lelaki dipercayai penyokong Pas masing-masing cedera pada hidung dan kepala dipercayai akibat ditumbuk serta dibaling objek keras semasa kekecohan berlaku.

Kekecohan mula reda kira-kira 15 minit kemudian apabila anggota polis tiba dan mengarahkan kedua-dua pihak terbabit bertenang dan kumpulan yang membuat protes anti Mat Sabu diminta bersurai.

Mat Sabu tetap meneruskan ceramahnya dalam kawasan pekarangan Pasti Wildan yang berpagar sempena majlis sambutan Aidilfitri anjuran Pas Kawasan Seremban yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani serta kira-kira 800 ahli dan penyokong parti itu.

Kelihatan beberapa anggota Unit Amal Pas mengawal keselamatan di lokasi terbabit dan ceramah berakhir kira-kira 11.45 malam.

http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9565156.asp

Sabtu, 24 September 2011

Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011


Penyimpan Besar Mohor di Kerajaan Akademi Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Malaysia kini mengisytiharkan bahawa Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011 akan berlangsung pada 28, 29 dan 30 Oktober 2011 di Kolej University Islam Zulkifli Muhammad [KUIZM] Taman Melewar Selangor.

Isnin, 12 September 2011

Ijtimak Tarbawi 2011

Pengumuman Penting :
Ijtimak Tarbawi 2011 telah dimuktamadkan dlm meeting DPPM mlm tadi setelah jelas kelihatan bulannya, bhw tarikh Berlangsung Ijtimak Tarbawi 11' ialah pada 28, 29 dan 30 hb Oktober 2011 di Shah Alam . Tetamu Istemewa ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Syeikh Kamal Al Halabawi dan Syeikh Mahdi Akif. Tunggu maklumat lanjut. stanby !! : Ust Nasruddin Hassan

Rabu, 7 September 2011

Kenderaan Unit Amal N.Sembilan

Unit Amal N.Sembilan kini mempunyai sebuah kereta Kancil sumbangan dari individu untuk kegiatan aktiviti Unit Amal N.Sembilan di mana sebelum ini pergerakan Unit Amal NS terdapat kekangan kenderaan. Kenderaan ini masih dalam keadaan baik.

Bagaimanapun sumbangan adalah diharapkan dari kita semua untuk menyenggara kenderaan ini serta memperbanyakkan lagi aktiviti Unit Amal yang sekarang ini terhad akibat kekangan kewangan.

Kepada mereka yang ingin mentransformasikan Unit Amal N.Sembilan ini bolehlah menghulurkan sumbangan kepada Pengarah Jabatan Amal N.Sembilan iaitu Sdr Izamri melalui akaun CIMB 05020693061526 serta menghubungi beliau di 013-3906540.

Kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan pendawaian elektrik di rumah atau pejabat serta kejuruteraan awam boleh juga menghubungi Sdr Izamri.

Selasa, 6 September 2011

IJTIMA` TARBAWI PERINGKAT KEBANGSAAN ke 11




Assalamualaikum wrt.
--- MAKLUMAN ---

>>> RESPON

Untuk Program : IJTIMA` TARBAWI PERINGKAT KEBANGSAAN ke 11
Tempat : PUTIK Pengkalan Chepa Kelantan
Tarikh : 7 - 9 Oktober 2011

-- mohon supaya sudah ada PERANCANGAN & PERSIAPAN utk ke IJTIMA` Tarbawi.

Jumaat, 29 Julai 2011

Buka Puasa bersama InTeam SRIIDU 17 Ogos 2011 Seremban



MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SELEBRITI
Tetamu Istimewa : Kumpulan Nasyid In Team
Tarikh : 17 Ogos 2011
Hari : Rabu
Masa : 6.15 pm - 7.45 pm
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban, N.Sembilan

Kupon RM 50 sahaja

Untuk Dana Pembangunan dan Kebajikan Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU), Seremban

Anjuran :
Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum,
No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9,
Taman Rasah Jaya,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan

Untuk keterangan sila lanjut hubungi :
Kamal 019-2423020 , Nazri 019-6644320 , Pn Hayati 019-6502927 , Pn. Malilah 012-2259181

Sumbangan melalui bank atas nama SRI DARUL ULUM
No akaun bank CIMB : 05040000993100

Selasa, 12 Julai 2011

Tahniah Unit Amal + peserta Bersih 2.0 + Rakyat

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Unit Amal dan para peserta himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di ibu negara wajar diberikan ucapan tahniahkerana berkemampuan berhadapan dengan pihak keselamatan.

Halangan kerajaan BN untuk Bersih 2.0 menggunakan Stadium Merdeka jelas merupakan tindakan jahat kerajaan BN dan sekali gus menunjukkan kepimpinan BN tidak mengikuti sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di negara ini.

klik seterusnya>> http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4320-tahniah-unit-amal-peserta-bersih-20.

Isnin, 11 Julai 2011

Bersih 2.0 - Why Shoot Us 为什么这样对我们









Bukti Penipuan Pihak Polis, Menteri Dalam Negeri & Menteri Kesihatan Kononnya Polis Tidak Menujukan Gas pemedih Mata ke Dalam Hospital. Ini Video From Malaysia, bukan dari Thailand

BERSIH at Jalan Pudu

Bersih 2.0 Rally In KL

Truth that Cannot Be Cover - Bersih 2.0 9 Julai

Jumaat, 8 Julai 2011

TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN PERLU dgn Kawan2

Fakta :
Perhimpunan Bersih 2.0 Pada 9 Julai 2011 (Sabtu), Jam 2 Petang Di Stadium Merdeka Kuala Lumpur

*(Lokasi : Masjid Kg. Baru, Sogo & Bangunan DBKL).


Aman Dan Tanpa Senjata.

Tuntutan Bersih 2.0 :
  1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
  2. Reformasikan Undi Pos
  3. Gunakan Dakwat Kekal
  4. Akses Media Yang Bebas & Adil
  5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 :
Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.

Kedudukan Parti-Parti Politik Termasuk PR:
Adalah Sebagai Entiti Yang Bergabung Di Dalam Bersih 2.0 Dengan Aspirasi Bersama Iaitu Menuntut Satu Sistem Dan Perjalanan Pilihan Raya Yang Bersih & Adil Untuk Malaysia.

Jangkaan/ Unjuran :
Kita menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia untuk mereformasikan pilihan raya.
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, kita mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu semua pihak dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar, aman dan tanpa sebarang provokasi .


Perkara Yang Perlu Anda Bawa/Sediakan :
  1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
  2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
  3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
  4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
  5. Sediakan baju hujan berwarna kuning.
  6. Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihan raya boleh digunakan.
  7. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
  8. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
  9. Sedikit garam batu ; Ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
  10. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
  11. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis “N100 Respirator, N95 Respirator” dan “Surgical facemask” untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
  12. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
  13. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
  14. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
  15. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada Setiausaha Bersih 2.0 Email: bersih2.0electoral@gmail.com.

Perkara Yang Tidak Dibenarkan :
  1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
  2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
  3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
  4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
  5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihan raya.
  6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
  7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
  8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
  9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
  10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
  11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
  12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
  13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.
Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Perhimpunan :
  1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
  2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
  3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
  4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
  5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
  6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
  7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
  8. Jangan lupa “charge” bateri handphone dan kamera.
  9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru
  10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
  11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
  12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
  13. Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula bagi mengelakkan sebarang provokasi pihak-pihak tidak bertanggungjawab..

http://media1-cdn.malaysiakini.com/370/4f093d2e3babdb8fffcc6b6bbf30a50d.gif

Semasa Perhimpunan Dan Perarakan :
  1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru dan tunggu arahan dari “Field Commander” yang dilantik.
  2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau “Field Commander” sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada “Field Commander”
  3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan “Field Commander”.
  4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
  5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
  6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
  7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
  8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
  9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
  10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
  11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
  12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi “sound system” akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
  13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
  14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
  15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukkan dalam beg plastik yang anda bawa.
  16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada Email: bersih2.0electoral@gmail.com. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
Selepas Perhimpunan :
  1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
  2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan

    Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 016 2208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com ATAU info@bersih.com

  3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
    Dapatkan maklumat ___________________________ berkaitan untuk bebaskan mereka.
  4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah di tempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang di rumah.
  5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
  6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir.
Apa Anda Perlu Buat Jika Kumpulan Anti-Tuntutan Bersih 2.0 Buat Provokasi :
  1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan “Field Commander” Unit Amal.
  2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
  3. Jangan hampiri mereka.
  4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
  5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
  6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
Apa Anda Perlu Buat Jika Polis Buat Provokasi Dan Serbuan
  1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
  2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
  3. Duduk jika pimpinan arahkan.
  4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air “water canon” berwarna kuning.
  5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
  6. Ambil gambar mereka jika sempat.
  7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

http://3.bp.blogspot.com/-gXBNooGc5eo/ThQUsMsAG1I/AAAAAAAAKH0/guG-aUMkjMA/s400/8417f54ac58a8ce5882a6bed628c3fd6.gifApa Yang Anda Perlu Buat Jika Ditahan :
  1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
  2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
  3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
  4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
  5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
  6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab “Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
  7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
  8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
  9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
  10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
  11. Jangan terlalu risau kerana, di luar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.
Apa Yang Anda Buat Selepas Dibebaskan :
  1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
  2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
  3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
  4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
  5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
  6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
  7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
  8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
  9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
  10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
  11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
Tunggu! Perhatian… :
  1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
  2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
  3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
  4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini.

Harapan Kita Semua :
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan dengan jayanya tanpa ada sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan agar mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan mendengar tuntutan rakyat.
Ingat, Himpunan Bersih 1 berjaya pada 10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat...


P/S : Dipetik daripada akhbar suara keadilan