HADITH BERKAITAN KERJA SUKARELAWAN

Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasulullah SAW : Setiap sendi ditubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang (yang berselisih faham) adalah sedekah. Kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah. Setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah. - (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Isnin, 26 September 2011

Ceramah Mat Sabu tegang







Ceramah Mat Sabu tegang
Sinar Harian 26 Sep 2011

SEREMBAN - Suasana tegang tercetus apabila kira-kira 80 orang yang terlibat dalam protes membantah kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, cuba merempuh masuk ke lokasi ceramah pemimpin kanan pembangkang itu di pekarangan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Wildan, di Ampangan, dekat sini malam kelmarin.

Kekecohan mula berlaku apabila sebahagian anggota kumpulan terbabit mendesak mahu bersemuka dengan Mohamad atau Mat Sabu sebaik sahaja beliau mula berucap, kira-kira 10.15 malam.

Sebelum itu, mereka dilihat mula berkumpul kira-kira 50 meter dari lokasi ceramah sambil membawa beberapa sepanduk dan melaungkan slogan yang menyatakan pendirian mereka terhadap Mat Sabu, sejak kira-kira 8.40 malam.

Mereka mahu menyuarakan bantahan dan kekesalan secara berhadapan dengan Mat Sabu susulan kenyataan beliau yang mempertahankan Mat Indera selaku wira sebenar dalam tragedi serangan pengganas komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Bagaimanapun, kumpulan yang mendakwa mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), belia dan bekas askar itu gagal meneruskan hasrat mereka kerana dihalang petugas-petugas Pas yang mengawal jalan masuk ke lokasi ceramah.

Tindakan nekad anggota-anggota kumpulan cuba merempuh sekatan untuk menyerbu Mat Sabu mengakibatkan berlaku insiden tolak-menolak dan pergelutan antara kedua-dua pihak.
Beberapa individu dipercayai gagal mengawal emosi sehingga bertindak mengasari petugas-petugas Pas dan melontar botol air mineral serta batu.

Dua lelaki dipercayai penyokong Pas masing-masing cedera pada hidung dan kepala dipercayai akibat ditumbuk serta dibaling objek keras semasa kekecohan berlaku.

Kekecohan mula reda kira-kira 15 minit kemudian apabila anggota polis tiba dan mengarahkan kedua-dua pihak terbabit bertenang dan kumpulan yang membuat protes anti Mat Sabu diminta bersurai.

Mat Sabu tetap meneruskan ceramahnya dalam kawasan pekarangan Pasti Wildan yang berpagar sempena majlis sambutan Aidilfitri anjuran Pas Kawasan Seremban yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani serta kira-kira 800 ahli dan penyokong parti itu.

Kelihatan beberapa anggota Unit Amal Pas mengawal keselamatan di lokasi terbabit dan ceramah berakhir kira-kira 11.45 malam.

http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9565156.asp

0 comments: